Who is him? Do u know him? Well, even if u do know him. I kindly ask u 2 continue reading till the end of this post. N not juz read it, feel it. There's somethg in his story which touches my heart.. (From a book tht I read: Jadilah Wanita Terpuji Dunia-akhirat by Dr Akram Ridha)
Al-Zubair bin al-'Awwam, anak kpd ibu saudara Rasulullah saw. Ttg keutamaan al-Zubair ini Rasulullah saw prnah brsabda:
Ertinya:
"Talhah dan al-Zubair adalah pendampingku di syurga."
Al-Zubair bin al-'Awwam adalah seorg sahabat yg pemberani. Dia turut serta dlm seluruh peperangan yg dipimpin Rasulullah saw, dlm perang Riddah (perang trhadap org2 yg murtad) di masa pemerintahan Abu Bakar dan perang penaklukan berbagai negeri di masa Umar. Dia juga merupakan pahlawan Perang Yarmuk. Tentang keistimewaan Al-Zubair bin al-'Awwam ini, Rasulullah saw prnah brsabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya setiap nabi memiliki pendamping/pengikut setia (hawariy) dan pndamping setiaku adalah Al-Zubair bin al-'Awwam."
Abu Nu'aim menambahkan satu riwayat lagi tntang keutamaan al-Zubair ini. Diriwayatkan bahawa ketika trjadinya Perang Ahzab, Rasulullah saw brtanya (kpd para sahabat), "Siapakah yang bersedia memata-matai gerak-geri musuh?" Al-Zubair segera berkata, "Saya, wahai Rasulullah saw." Dia mengucapkannya sbyk 3 kali. (Diriwayatkan oleh Termizi dlm kitab: al-Manaqib: 3687)
Ketika perselisihan antara Ali bin Abu Talib ra dengan Muawiyah bin Abu Sofyan semakin meruncing, iaitu setelah trbunuhnya Khalifah Uthman bin Affan ra, sejarah mencatat trjadinya sebuah peristiwa yg dikenali dengan sebutan Waq'atul Jamaal (Peristiwa Unta). Ketika itu, al-Zubair brsama Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahu'anha dengan diiringi serombongan sahabat yang lain keluar dari kota Madinah dengan maksud mendamaikan Ali dan Muawiyah. Ternyata, org2 munafik yg berada dalam pasukan Ali berusaha memutarbelitkan informasi tentang keberangkatan rombongan Sayyidah Aisyah trsebut sehingga mengarah kpd pertikaian antara pasukan Ali bin Abu Thalib dengan rombongan Ummul Mukminin. Ini mendorong para sahabat yang ikut pada masa itu, di barisan depannya Talhah dan al-Zubair, segera melindungi unta yang membawa isteri Rasulullah saw trsebut. Keadaan menjadi semakin memuncak dan berbagai prasangka negatif bermunculan di antara kedua belah pihak. Akibatnya, hampir sahaja terjadi insiden berdarah antara rombongan Sayyidah Aisyah dengan Ali dan pasukannya.
Pada situasi yang genting tersebut, Ali kemudian mengundang al-Zubair untuk bertemu dengannya. Ketika keduanya sudah saling berhadapan di atas kudanya masing-masing, Ali kemudian berkata, "Wahai al-Zubair, Demi Allah masihkah kamu ingat ketika pada suatu hari kamu berjalan bersama Rasulullah saw, lalu kita bertemu di suatu tempat dan Rasulullah saw bertanya kepadamu, 'Wahai al-Zubair, apakah engkau menyayangi Ali?' Engkau lalu menjawab, 'Bagaimana mungkin saya tidak menyayangi anak ibu saudara, anak bapa saudara saya dan saudara saya seagama?' Rasulullah saw selanjutnya berkata kepadamu, 'Demi Allah wahai al-Zubair, jika engkau sampai memeranginya maka engkau adalah orang yg zalim'." Mendengar kata2 Ali tersebut, al-Zubair berkata, "Saya baru teringat sekarang. Hampir sahaja saya lupa dengan sabda baginda itu. Demi Allah, saya tidak akan memerangimu," Setelah berkata demikian, al-Zubair segera memacu kudanya kembali kepada roombongannya.
Setelah pembicaraan antara Ali dan Al-Zubair bin al-'Awwam itu, keadaan di kedua belah pihak kembali tenang. Ali dan Sayyidah Aisyah saling memahami posisi masing2. Ali juga memahami maksud keluarnya Aisyah. Dia kemudian meminta maaf atas tindakan yang dilakukan beberapa orang munafik dari pasukannya dan selanjutnya mengirimkan sejumlah pasukan utk mengawal Ummul Mukminin beserta rombongannya kembali ke kota Madinah.
Ternyata dalam perjalanan pulang tersebut, seseorg bernama Amr bin Jurmuz mengekori langkah al-Zubair. Lelaki itu lalu menikam al-Zubair ketika dia sedang solat. Akibatnya, tubuh sahabat kesayangan Nabi saw itu pun tersungkur bersimbah darah. Dia syahid di tmpat itu. Setelah menikam al-Zubair, pembunuh yang licik itu pergi ke kediaman Ali bin Abu Thalib dan bermaksud menemuinya. Ketika Ali mendengar perbuatan yang dilakukan Ibn Jurmuz trsebut, dia langsung mengusirnya seraya berkata keras "Khabarkanlah kpd pembunuh Ibn Shafiyyah (al-Zubair) bahawa dia akan masuk neraka (kerana perbuatannya itu)." Demikian juga ketika pedang al-Zubair yg smpat dicuri oleh Ibn Jurmuz diserahkan kpd Ali, dia langsung menciumnya dgn berlinang air mata seraya berkata, "Demi Allah, inilah pedang yang sudah sering kali dipergunakan pemiliknya untuk melindungi Rasulullah saw dari serangan musuh2 baginda."
After more than 10years.
3 years ago
0 comments:
Post a Comment